Friday, June 1, 2012

Berita Tergempar Jam 1 petang

Kota Samarahan, 2 Jun 2012  - Sebuah kapal terbang Air Asia ditemui telah remuk di dalam sebuah universiti. Kejadian berlaku pada pukul 1 petang apabila sebuah kapal terbang yang terbang terlalu rendah telah mendarat secara paksa di kawasan lapang berdekatan sebuah kolej  di sini. Sejak akhir-akhir ini kapal terbang sering terbang terlalu rendah di atas kawasan udara di sini. Disebabkan itu, para pelajar yang secara kebetulan homesick dan stress berikutan minggu exam final hanya di sekitar simpang yang berdekatan, merka pun merancang satu perancangan untuk meng hi-jack kapal terbang yang bertuah. 

Sebaik sahaja kapal terbang itu mendarat di sini, para pelajara terutamanya penghuni kolej berdekatan telah menyerang kapal terbang itu seperti semut menjumpai gula walaupun mereka tidak boleh masuk pun pesawat itu sebab pntu xbukak. Kesan daripada kejadian ini, ada pelajar yang cedera, ada yang kehilangan cinta dan ada yang hilang ingatan. tambahan pula ada yang bertemu cinta baru seperti sebuah cinta hindustan semasa bersama2 berjuang merempuh kapal terbang tersebut.
Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata kebetulan sebuah bas yang membawa pelajar Palapes darat dan Palapes udara melalui kawasan itu, mereka pun berpusu2 turun dr bas dan membantu meng-hijack kapal terbang itu. 
Seorang saksi lain melaporkan ada terdengar bunyi2 pelik seperti bunyi burung 'ek ek ek'. setelah disiasat, bunyi itu dtg dr sekumpulan pelajar yang berasal dr Johor yang berbual sesama mereka sambil merempuh kapal terbang itu. :) 

Ada juga yang tidak berhenti bercakap dengan diri sendiri,berkata2 dgn laju tentang fakta2 yang telah mereka hafal.Beberapa orang pula dilihat melukis2 di dinding kapal terbang mengikut imaginasi mereka. pasti mereka ini pelajar seni xpun kejuruteraan. Tidak mengikuti perancangan rakan2 yg lain, ada pelajar yang mengambil kesempatan menikmati pemandangan di tepi sambil makan popcorn seperti menonton sebuah movie. ouh, beberapa pelajar cinematography mengambil peluang keemasan ini merakamkan kejadian dan menjadikannya sebuah filem bertajuk 'TERBABAS' yang akan ditayangkan di pawagam berdekatan anda semasa cuti 3 bulan nnt.

Berikut adalah perbualan pramugari dan juruterbang kapal terbang tersebut:
Juruterbang: FA, apa yang berlaku ni? kita di mana? bukan kita sepatutnya mendarat di China ke?
Pramugari: I pun xtahu la, kenapa orang2 kt China ni pelik sgt? Muka pun mcm zomba je masing2, mata macam panda je.
Juruterbang: Apa kata u tanya salah sorang dr mereka melalui tingkap ni.

Pramugari: Hello, sir,may i know where is this place, is this China?
Orang terpilih: tok sey la nk kecek English, ni kat Kota Samarahan je. Sarawak.
Pramugari: Kenapa u all buat mcm ni? n kenapa u all mata mcm panda?
Orang lain: kitorg tgh stdy week, homesick and stress nak exam sbb tu la jadi mcm ni.

Balik kepada laporan kejadian, dilihat mereka saling bersatu padu dan bekerjasama untuk memasuki kapal terbang tersebut. Dekan fakulti berdekatan yang terkejut mendengar berita ini datang ke tempat kejadian dan cuba membantu tetapi tidak berjaya. Malah beliau terkejut dengan kehadiran beberapa pelajar yang dtg sambil membawa beg balik kampung. Presiden kolej dan JPK2 mengadakan meeting tergempar utk menyelesaikan perkara ini, namun mereka menemui jalan buntu. Oleh itu, mereka pun sama2 menyertai pelajar lain.
Satu pengumuman dibuat secara tiba2, mengatakan cuti 2 minggu diberikan kerana kejadian ini, dan semua pelajar diberikan bonus CGPA 4.0 untuk semester ini, peperiksaan dibatalkan. Semua pelajar bersorak dan pulang ke kolej masing2 meninggalkan sisa2 rempuhan di tempat kejadian. walaupun mereka tidak dapat menaiki pesawat tersebut, mereka gembira mereka boleh berjimba semula menanti tarikh tiket kapal terbang yang telah mereka beli sebelum ini.


P/s: Semua watak dalam berita ini tiada kena mngena antara yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. hanya sekadar untuk bergelak tawa. maaf sekiranya ada yang terasa. Selamat menyambut Study week, goodluck Exam !