Monday, December 26, 2011

Dan Aku Tewas Dengan Air Mata Lagi

Bismillahirrahmanirrahim
Macam tajuk post kali ni, drama air mata aku terjadi lagi.
Bermula dengan aku menyelak2 notes time PASUM untuk membuat rujukan aku.
satu persatu aku selak, dari satu persatu tu jugak la terpahat perkataan2 yang akhirnya menghasilkan satu ayat.
semua tu hasil nukilan insan yang sangat bermakna malah masih lagi penting untuk aku sekarang,
walaupun die sedar atau pun tidak.

orang kata ketawalah untuk mengubati duka.
ya,aku dah buat, aku ketawa,aku senyum setiap kali aku ternampak semua tu.
setiap kali aku terbayang masa lampau.
tapi sampai satu tahap,memang xdapat nak bendung lagi.
semua tu membuatkan aku rasa sedih, dan berfikir bagi pihak dia.
ayat yang dia pernah katakan pada aku,
ya kala itu sangat bermakna bagi dirinya dan diriku
tapi sekarang aku yang bertanya sendirian adakah ianya masih bermakna buat dirinya?

ya,dan aku tewas, tewas dgn kenangan kita,tewas dgn kebahagiaan suatu masa dulu. kejayaan bersama2 ditempuh masa belajar.
aku xpernah lupa walau satu saat,walau seremeh mana pun kenangan itu.
sebab memang sudah lumrah perempuan, dia akan ingat semua detail hidupnya.

mengalir air mata ini untuk sekian kalinya,kerana terlalu merindui,
kerana terlalu takut menghadapi hari esok.
kerana terlalu terluka,kerana terlalu menyayangi.
dan aku menangis tidak bersuara. 
semua untuk mu.
semoga ALLAH mendengar rintihan hatiku, amiin..

No comments:

Post a Comment