Friday, September 16, 2011

SESAT DI TEMPAT BARU.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA (:
how's ur day today?
having fun? or the opposite?
anyway, SELAMAT HARI MALAYSIA  ya :)

meh sini nak cerita pengalaman aku hari ni.
memandang kan hari ni sambutan hari malaysia kat sini,so 1st year student wajib join Perhimpunan Sambutan Hari Malaysia.
semangat bangun pagi2,kumpul pukul 7 pg. 
ni ade some pictures utk pagi td.




 ok sampai situ je cerita pasal sambutan tu. makanan xdisediakan.so tghri support perut sendiri dgn nasi lemak.
balik bilik,rehat dan bersedia untuk petang.

petang dalam pukul 3.30,aku n faeza bersiap dgn sportshoes masing2 dgn berpandukan niat untuk ROUND SATU UNIMAS DEN PEGI DESA ILMU N MAKAN KFC.
dgn smgt yg kental kitorg mulakan langkah ke arah TASIK TAMAN REKREASI.
dengan angin sepoi2 bahasa kitorg pun lepak sekejap situ and tgk ade one family ni memancing kat situ.
ada rasa mabuk sikit kat jeti tu haha!







sesudah melepak di tasik itu,kitorg pun meneruskan perjalanan konon mencari kolej bunga raya dan yang lain2. tapi hujan plak tetiba. lepas kitorg naik BRIDGE OF LOVE kitorg berlari2 lah mncari perlindungan di KOLEJ CEMPAKA.




ni lah bridge of love tu.

ni lak kolej cempaka.

pastu start dari sini aku ngn faeza pun sesat sampai ke mana kitorg pun xtahu. kiri kanan sume hutan je. jalan pun xde orang yg lalu. sampai lah kitorg sampai kat pintu gate masuk UNIMAS ni balik. haih,gelak je keje.
den kitorg pusing balik,kembali ke kolej n amek route lain untuk ke KOLEJ SEJORA (kolej paling terpencil kat sini) 
xpe kitorg guna route jauh,xnak naik bas ni, bajet je. nak jalan sendiri.
sampai kat HEP singgah kat sini.



haaaa,tempat korang ade? xde kan... kalau UM tu kat mid ade lah. ni dlm kampus nih. haish,bahagia2.

den kitorg meneruskan perjalanan ke mana kitorg sendiri pun xtahu. last2 dah smpi kolej bunga raya den ade signboard kata straight utk ke kolej seroja. kitorg pun dah bhgia lah... sampai 10 minit jalan,xjumpa2 lagi bangunan berupa kolej. ok xpe,teruskan lagi perjalanan..
sampai 30 minit pun xde jugak. 
bila jalan ni nak sampai hujung lah seh
tgk org xde pun lalu situ. ade pun kete laju je...
sume pandang pelik pd kitorg.
kitorg lagi lah pelik bila orang pndg kitorg pelik. haha!
kiri kanan semua HUTAN. kang xmasal2 kena kejar ngn monyet ke ape ke. takut jugak.
sampai dah give up ni. dah lah hujan.
tapi give up benti entah kat mana,so teruskan jelah.
kang bermalam dalam hutan pulak.
jam dah pukul 5 ptg.
den jalan punya jalan punya jalan,tetiba!
ade satu kancil ni benti kat sebelah kitorg.
ade abg tu nama die Iqram,kata die nak ke arah gate barat,die ajak tumpang. memandangkan ade lg 2 ppuan dlm kete tu,kitorg pun masuk lah.
ALHAMDULILLAH..
sampai jugak kitorg kat DESA ILMU.
baru lah tahu tmpt tu cmne..
mcm pekan kecil..
and ade FUNFAIR kat situ,apakah?!
haha..
dan tercapai lah hajat nak makan KFC. haha!
tapi peliknya,itu kali pertama kitorg rasa nak balik cepat.
xsampai 30 minit kat sana,dah nak balik.
and pukul 7.30mlm kitorg balik lah ke UNIMAS.
menaiki kereta abg Iqram lagi. bersama 2 lagi kakak2 senior yg duduk kat luar.
and here are some pictures taken through out the story. GOODNIGHT GUYS :)
tired seriously.
kayak kayak.

jalan yang tiada penghujungnya.

muka bahagia konon berada di jalan yang benar.

bosan jalan takde peghujung.

ada paya pulak tiba2.

confuse dgn jalan ni. xtahu betul ke salah.

bahagia dapat naik kereta :)

paling bahagia dah sampai DESA ILMU 

KFC yeah! finally.

fun fair?

haus haus..

cheezy wedges mengancam.

top up energy jalan 3 jam xhenti.

risau fikir nak balik cm mana.





Tuesday, September 13, 2011

UNTUKMU GAZA

ASSALAMUALAIKUM SEMUA. 
GAZA. apa yang kita tahu pasal kes GAZA ni?
umat ISLAM di sana ditindas oleh org ISRAEL?
bantuan yg xdpt diterima.
pernah suatu ketika dahulu,gempar dgn cerita aktivis negara kita dibunuh ketika menghantar bantuan kepada umat islam di sana oleh ISRAEL.
tapi kenapa cerita itu diam sahaja? kerana tiada siapa mahu berlawan dgn ISRAEL.
orang AMERIKA mendpat bntuan drpd ISRAEL xkn dorg nk lwn ISRAEL pulak kan.
so terdiam lah nasib umat2 islam ni.
kecian dorg. hidup nyawa umpama dihujung tanduk.
so kali ni rasa nk dedicate sajak yg xseberapa utk dorg :)

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
di kala kita bersuka ria di sini bersama insan2 yang tersayang dan tidak pernah bimbang akan nyawa kita,pernah x walau sesaat kita terfikir tentang saudara kita di GAZA yang terpaksa berkorban demi mempertahan kan agama yang suci,ISLAM?
sukar bagi mereka untuk mendapat bantuan makanan. 
sukar untuk mereka menjalani kehidupan seperti sebelumnya.
semua adalah kerana perbuatan ISRAEL yang kejam.
ISREAL yang mencuba sedaya upaya untuk menghancurkan umat islam di muka bumi ini.
pelbagai cara mereka lakukan,untuk mencapai impian itu.

pernah anda terfikir apa akan terjadi sekiranya MASJID AL-AQSA itu berjaya mereka tawan?
pernah anda terfikir apa akan terjadi sekiranya bilangan umat kita semakin berkurangan?
apa akan terjadi pada saudara2 kita di sana?
di mana lagi kita mahu meneruskan kehidupan dgn aman,sekiranya ISRAEL membolot semua tanah di muka bumi ini?
apakah sumbangan kita? apakah sumbangan kita pada agama yang suci ini?
adakah dengan menruskan kehidupan seperti biasa tanpa tiada langkah2 berjaga2?
di dalam AL-QURAN ada dinyatakan bahawa,tiada tempat bagi ISRAEL di muka bumi ini,namun apa yang dpat kita lihat sekarang adalah sebaliknya.
di mana tanggungjawab kita?
sanggupkah kita melihat arah kiblat pertama kita dirampas,ditawan dan dihancurkan.
aduh,betapa sedihnya hati junjungan besar RASULULLAH S.A.W.
segala penat lelah baginda sedang dipertaruhkan.

YA ALLAH,lindungilah kami semua.
Malu pada diri kami yang tidak pernah lekang melakukan kesilapan,dosa,namun masih lagi memohon pertolongan dari-MU.
ampunkan lah dosa kami,dosa saudara2 kami.
lindungilah kami semua dari marabahaya YA ALLAH.
sesungguhnya kami tiada kemampuan sebesarMU.
hanya ENGKAU satu2 nya yang berkuasa di dunia ini.

Saudara kita di sana,terputus bantuan makanan dan segala bantuan dr dunia luar.
semua gara2 ISRAEL.
namun kini mereka meneruskan hidup dgn bantuan dr MALAYSIA.
wang bantuan yg mereka terima digunakan untuk membuka sebuah kilang roti,yang menjadi sumber makanan mereka,dan peluang pekerjaan bagi mereka.
semoga negara kita dirahmati tuhan. amiin..
namun sampai bila mahu begitu??
sampai bila?!


wahai saudara,pernah kah anda terfikir apa yang sedang dilakukan oleh ISRAEL kala ini?
pernah kah anda terfikir bahawa ROKOK yang mereka buat itu,yg mereka bekalkan itu merupakan salah satu cara halus mereka untuk membunuh kita?
ya benar mereka membuat rokok,namun mereka sendiri tidak merokok. 
kerana mereka tahu akn bahaya rokok kepada diri kita.
mereka hanya menjual sebagai salah satu usaha mereka untuk mngurangkan jumlah umat ISLAM di muka bumi ini,agar senang bagi mereka untuk menakluk dunia selepas ini.
ibu2 yang bersalin,mngandung diberi makanan2 yang berkhasiat,susu kambing kerana kebaikannya pd diri mereka.
namun kita di sini,belum habis pantang lagi sudah dilihat berkemban mennyapu rumah,sudah boleh berpakaian seperti biasa pergi ke shopping complex.

wahai manusia,wahai umat islam,wahai saudara2 ku
marilah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat ISLAM di muka bumi ini.
bantulah apa yang termmapu sesama umat ISLAM.
tinggalkan apa yg dilarang,ajak lah kepada kebaikan.
semua org tidak sempurna,lakukan apa yang termampu.
untuk semua,bukan untuk diri kita sahaja.
jangan pernah kita lupakan saudara2 kita yg kesusahan
jangan pernah kita lupakan TUHAN YANG MAHA BESAR MAHA BERKUASA
tiada yg lebih berkuasa dariNYA.
sesungguhnya kehidupan kita di muka bumi ini hanyalah salah satu persinggahan.
hentian bagi kita mengumpul sebanyak amal untuk dibawa pulang sebelum dijemput panggilan ILLAHI.
kita tidak tahu bila kah giliran kita. mungkin 5 minit lagi,mungkin 1 tahun lagi atau bila?
kita xtahu.
gunakan lah peluang ini sebaik mungkin
marilah kita bersujud,memohon taubat dari ALLAH YANG SATU
insyaALLAH taubat kita diterima selagi pintu taubat itu terbuka.
siapa yang akan bersama kita utnuk menerima seksa,menjawab pertanyaan malaikat di dalam kubur?
tiada sesiapa.
hanya KITA.
hanya SAYA.
hanya KAMU.
berseorangan.
wallahualam.

Sunday, September 11, 2011

TEMPAT BARU,ORANG BARU,TAPI SAYA TETAP SAMA (:

Assalamualaikum (:
rasa macam dah berabad xupdate benda alah ni kan?
sape je nak baca lagi pun.. aku je suka nk berkarya.
been bz lately preparing for Hari Raya and UNIMAS thing.
Its still in Syawal month,so again Selamat Hari Raya Aidilfitri guys..
so,i've entered UNIMAS last Tuesday. with IBU.
I'm staying at KOLEJ ALLAMANDA not in Putrajaya but here in UNIMAS located at Kota Samarahan, Sarawak Bumi Kenyalang, pulau Borneo, 1Malaysia. haha (lebih pulak)
This college has 2 single rooms and 3 double rooms-apartment design.
so i took the double room and my roomate is a sabahian,muslim.
my other 3 housemates is a sarawakian n 2 sabahians.
so i'm the only one from Semenanjung.

KAK FAEZAH nama room8 aku,panggil akk sebab dia 20 tahun.
so far so good,aku ok je dgn dia.. dia pun baik...dia care pasal aku, macam adik dia sendiri
 (:
kawan baik aku kat sini nama FAEZA gak.
sepatutnya dia lah rum8 aku,but mak dia suh tuka single room,so dia tuka tapi kat block lain.
xpelah,still jumpa gak pasni cz sama kolej n sama fakulti which is
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER

kat sini sama je dgn sana tp ada satu bnda yg sgt xsama.
waktu masuknya solat.
subuh - 5.10 pg
zuhur - 12 lebih tghri
asar - 4 lebih ptg
mgrib - 6.45ptg
isyak- 7.50 mlm kot. yg pnting before 8 mlm.

so ada benda nak share.
setakat ni paling2 pun tido mesti 3 jam 4 jam je. normal lah orientasi kan. habis pukul bape pagi.
tp just bygkan lah kalau subuh pukul 5.10,den kena kumpul kat surau pukul 5,kul bape nk bgn? ce pk ce pk.
den jumaat lepas,ada latihan tarian utk mlm rumpun budaya. habis latihan pukul 3.10pg sempat bbual dgn SHAIRAH DZUL via fon jap. 3.30 pg tido.
nk bgn esk (xesok sgt la) pukul 4.15pg. sempat tido 45 minit je.
den esk nye latihan dr pg smpai petang. xtido2 tu. makan tghri pun lmbat.
den mlm tu dah ptandingan.
bayangkan betapa teruknya keadaan masing2.
dengan kaki sakit,tgn sakit sbb menari.
jalan pun dah macam org baru lepas bersalin je. (well,atlis ada pengalaman haha)
habis mlm tu pukul 12. 
den nk jln balik klej lgi. jalan dah terhuyung hayang mcm org mabuk.
nmpak tangga lari cari jalan lain.
jalan gelak2,mata da ttup habis dah. nasib xlnggar tiang lampu ke masuk lgkang ke. HAHA!
den LO suruh kumpul plak utk sesi hati ke hati sampai kul 2pg.
akhirnya...
esk pagi terlajak. bangun pukul 7.
kelam kabut bersiap nk kumpul bawah ada aktiviti.
hahah!
tu akibatnya hidup berbekalkan tido 45 minit je. (:


Orientasi kat sini xsama macam kat PASUM dulu.
Lain sgt.
kitorg pgil MAP(kalau kat UM MHS),n ada MPP n LO (kalau kat PASUM PP)
kat sini xde satu saat pun kitorg diterjah dan dimarah walaupun kitorg da try wat LO marah. cool x?
sume LO perempuan utk kolej aku...lagi cool.
n intake klej ni thn ni pun semua ppuan. so senang sikit,xyah nk tgk ade yg cover2 ke ape ke. :)
tp nnt bila budak thn 2 n thn 3 balik klej,ade je jgk laki.

spanjang minggu ni,aku ngn Faeza ada hobi baru. nak tahu?
hobi kitorg is usha awek cun.
hahah! jgn fikir lain. kitorg normal,straight. cuma nya kitorg lagi tertarik nk usha perempuan. rasa mcm lg berfaedah. kitorg xusha dgn nafsu,just suka tgk yg lawa2 ni,yg ayu2 ni. haaa. so,xberdosa. nak tgk antara gadis2 yang berjaya diusha? tekan kat sini eh.
XDE LELAKI KE? XUSHA LELAKI KE? LESBIAN KE?
ouh TIDAK TIDAK TIDAK.
cuma tiada rasa walau sekelumit zarah pun utk pandang lelaki.
tiada. sbb nye,entah. haha! bgus lah mcm tu kn. terpelihara hati kan.. boleh setia. haha!
haaa,ckp psl lelaki plak.
kos SAINS DAN PENGURUSAN SUMBER AKUATIK ni,xramai lelaki pun. 9 org je. yg selebihnya drpd 50+ org tu perempuan.
dan drdr 50+ lelaki+prempuan tu, 6 org budak PASUM. *bangga*
rasa mcm kos paling sikit org kot. kot lahh..
bagus bagus,suka2.
haish xsabar plak nk jd budak GEEK. haha!

haaa,ckp psl GEEK,xtahu lah kenapa rasanya aku jd GEEK spnjg MAP ni.
setiap kali beratur, mesti aku ngn geng aku kat depan sekali.time dduk kat deTAR PUTRA pn kat depan sekali. kat dewan seminar pun dduk depan sekali.
tetiba saya terasa mcm awak dah. ni mungkin semangat awak dulu dah pindah kat saya kot. haha! joking2..

dalam kolej ni,aku rapat dgn ramai org,xrapat lah,mcm ngam lah. ada yang sama kolej n sama fac,so bagus lah kan.
and sangat ramai yg muka mcm kawan2 aku kat PASUM and SAMURA dulu. 
antaranya yg ada duplicate kat sini ialah
SAIDATUN NAZEERA- INTAN
NUR AZIZAH 'AISHA- UZA
SARAH DZULKIFLI- SHAKILA
CEMEK- ERR,XTAHU NAMA
ramai lagi lah yg penting.

and aku selalu jalan pimpin tangan dengan dorg.
hehe.
aku rasa aku lah budak paling kecik dlm kawan2 aku tu.
umur pun 18 lagi kn (18 tahun 11 bulan)
so aku agak manja dengan dorg.(dorg yg cakap)
tapi apa2 pun, aku punya manja kau saja boleh rasa.. rahsia kita berdua

dorang panggil aku ADIK.
hehe.. (:
dorang suka care psl aku especially KAK FAEZAH n FAEZA ni.
kalau aku xmkn lg,dorg mesti suruh aku mkn,smpai siap amek kan mknn utk aku..
huhu,terharu2..
INTAN plak ckp,tgn aku kecik. mcm budak kecik. haha! maluu maluu..


by the way,UNIMAS ini sangat BESAR!!
boleh sesat kalau jalan sorg2. serious xtipu. antara kolej pun jauh amat.
nasib lah kolej aku ngn fakulti :) alhamdulillah.
ibu siap kata nak suruh ayah belikan skuter lagi utk guna dlm kampus.
ce byangkan yasmin yusoff bwk motor? skuter laaa.. haha!
basikal best lagi kot. boleh exercise :P
kurus nanti yeay!

kalau rezeki aku di sains akuatik,akan aku buktikan pada dunia aku mampu utk berjaya dan menjadi kejayaan. aku nk bangga kan parents aku. 
aim saya: anugerah dekan selalu, dan garduate dgn ijazah sarjana muda kelas pertama (pointer 3.75 n above) dan smbung terus phD. amiinn... yaALLAH kau bukakan lah jalan bagiku dan rakan2 kami. permudahkan lah segala2 nya.. amiin..

dah2. alhamdulillah setakat ni xde msalah,insyaALLAH segala2 nya akn ok.
tp sy xkn balik slalu.. huhu..
cuti paling dekat hujung bulan JANUARI lah kot.
ok,tu je.. apai (: